
Rawatan Luka
Luka antara masalah paling biasa yang memerlukan rawatan doktor.
Ulser kaki diabetik, luka pembedahan, luka akibat kecederaan dan ulser vena semuanya boleh dirawat.
Klinik Al-Ansar Seremban 2 dan Senawang dilengkapi untuk merawat luka ringkas dan kompleks.
Kaedah Rawatan Luka
1
Cuci & Balut Luka
Terdapat pelbagai jenis balutan luka, bergantung pada jenis luka sama ada bersih, dijangkiti, akibat kecederaan atau luka vena.
Doktor kami akan bantu pilih balutan terbaik untuk mempercepatkan penyembuhan.
2
Jahitan & Gam Luka
Klinik Al-Ansar menyediakan khidmat jahit luka. Jahitan menutup luka untuk mencegah jangkitan dan mempercepatkan pemulihan.
Gam perubatan juga tersedia untuk luka ringkas, sangat sesuai untuk kanak-kanak
3
Ubat Sapu
Ubat sapu seperti antibiotik dan larutan perangsang tisu boleh mempercepatkan penyembuhan luka.
Bincang dengan doktor kami tentang ubat sapu terbaik untuk luka anda.
