
Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan membantu mengesan masalah kesihatan lebih awal dan mencegah penyakit. Kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan penyakit tiroid boleh dikesan melalui pemeriksaan berkala.
Klinik Al-Ansar menawarkan pelbagai pakej pemeriksaan pada harga rendah hingga sederhana, termasuk ujian darah, air kencing, fungsi paru-paru dan X-ray.
Kenapa perlu pemeriksaan kesihatan?
1
Kesan Penyakit Kronik
Banyak penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tidak menunjukkan sebarang tanda.
Pemeriksaan kesihatan membantu pengesanan dan rawatan awal
2
Kekal Sihat
Pemeriksaan berkala memastikan kesihatan anda sentiasa terkawal.
Orang yang sihat pun digalakkan buat pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Hidup sihat, hidup bahagia.
3
Jimat Kos
Menjaga kesihatan boleh membantu anda berjimat!
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dan kosnya juga lebih rendah.
